Jasad yang disasarkan Pembentukan terra

Pihak yang berminat terhadap pemengubahan ini menyasarkan banyak planet atas sebab-sebba tertentu:

Marikh

Marikh sering menjadi perhatian kerana ia merupakan satu-satunya planet yang mempunyai ciri-ciri sekitaran menghampiri keadaan seakan Bumi dalam Sistem Suria.[2]

Marikh mungkin pernah memiliki persekitaran yang tersendiri seperti Bumi, dengan atmosfera yang lebih tebal serta keberadaan air melimpah ruah yang telah lama menghilang sejak ratusan juta tahun; mekanisme yang pasti tentang kehilangan itu belum diketahui, meski sejumlah mekanisme berhipotesis telah diajukan. Teras planet Mars juga mengndungi ferum sepertimana Bumi lalu memnungkinkan suatu magnetosfera yang wujud, namun kekuatan magnetosfera ia yang jauh kurang membolehkan angin suria menerobosi atmosfera planet tersebut, ditambah lagi dengan tarikan graviti yang relatif lebih rendah mempercepatkan penipisnan [[atmosfera jasad tersebut. Kekurangan kegiatan plat tektonik dikhuatiri juga antara sebab mencegah proses pengitaran semula atmosfera dengan gas yang terkurung di dalam perut planet ini.

Zuhrah

Para pengkaji yang memerhati dan menyelidiki bintang ini sejak zaman dahulu banyak membayangkan kemungkinan sama ada keadaan di planet tersebut mapan untuk penghunian manusia, lagi-lagi dengan keterbatasan meneliti di sebalik atmosferanya yang tebal sehingga Disember 1970 di mana pendarat Venera 7 dilancarkan pihak Soviet menemukan bahawa persekitaran yang terbenam dalam atmosfera planet tidak selamat diduduki manusia.[3][4] Bitang Kejora ini mempunyai beberapa faktor utama yang menyumbang kepada keadaan membahayakan ini - atmosferanya yang tumpat dengan karbon dioksida sebanyaj 9 MPa serta suhu permukaan planet tersebut yang disukat sebanyak 450 °C (723.15 K).[5][6] kedua-duanya merupakan hasil kesan rumah hijau berlarutan dalam planet itu yang menjadi cabaran utama.

Jasad lain dalam Sistem Suria

Ada juga beberapa jasad yang dilihat berpotensi untuk diolah sebegini sama ada secara sepenuhnya mahupun separa termasuk satelit-satelit milik Musytari (Callisto, Ganymede), Zuhal (Titan, Europa dan Enceladus malah juga planet kerdil (misalnya Ceres).